Diriku…
Manusia biasa..
Indah perkenalan itu..
Indah pertemuan itu..
Jika ku tahu dia milikmu..
Pasti ku jauhi dia saat itu..
Bukan ku pinta kasih ini tercipta..
Bukan ku rayu padanya..
Bukan ku mahu jadi miliknya..
Ia hadir tanpa di duga..
Ia datang ku tak paksa..
Jika ini yang melahirkan sengketa
Antara kita..
Ambil dia..
Ku beri dengan hatinya..
Kerana aku tahu..
Benci itu sudah bersarang di hatimu..
Sangsi itu sudah menjadi raja di jiwamu..
Sampai bila ku harus begini..?
Mendiamkan diri?
Hingga ku dengar orang lain menyalahkan diri ini..
Perit rasa hati..
Luka di hati..
Ingin sekali aku bertanya padammu..
Kenapa ini kau lakukan padaku..
Seberapa rami insan yang tahu..
Adakah kau menyatakan aku merampas cintamu?
Aku perampas?!
Andai itu yang kau laungkan pada semua insan..
aku redha..
namun ketahuilah..
aku insan biasa..
setiap pandangan orang..
aku dapat rasa aura bencinya..
setiap kata aku tahu pandanagn serong nya..
jika benar ini yg kau lakukan..
luahkan padaku..
biar ku tahu apa maksud mu..
biar tiada sengketa lagi antara kau dan aku…
ku nanti panggilan mu..
jika benar kau laungkan aku perampas cinta mu…